lepas baca ayat touching kat blog sahabat tadi.. terus ayat bermadah puitis.. :)
9 May 2012
Untuk Sahabat
baca blog sahabat saya tadi Awek Sasuke.. Dia dalam dilema untuk sambung belajar.. Tak tahu pilih nak pergi matrik or Uitm.. Apa-apa pun kamu pilih yang terbaik ye.. Saya akan sentiasa menyokong sahabat-sahabat saya.. Tapi yang tak tahan bila baca ayat yang tentang perpisahan antara kawan-kawan tu.. Sangat-sangat menyentuh.. Sahabat , walaupun jika kita terpisah masa ini belum bereti kita akan terpisah selama-lamanya.. Semuanya atas izin Allah S.W.T.. Perpisahan kita hanya pada jarak , masa dan tempat.. Selagi ikatan persahabatan yang kukuh atas keikhlasan selagi itu ia akan terus terpahat di sanubari masing-masing.. InsyaAllah.. Kenangan lalu yang sering mengetuk pintu hati kita itu biarkan ia menjadi satu memoir terindah.. Walau kita berada di berlainan tempat tetapi kita tetap dalam satu perjuangan dan hala tuju yang sama.. Iaitu KEJAYAAN.. Mungkin destinasi kita berbeza tetapi bukan bererti kita tidak boleh bersama meniti liku-liku kehidupan kerana itulah gunanya bersahabat.. Semoga ikatan yang kita bina bertahun-tahun ini akan terus mekar dan tidak hanya menjadi lipatan sejarah yang akan dilupakan.. Sahabat seperti kalian amat berharga & sukar dilupakan.. Sentiasa ada di saat susah dan senang.. Di situ aku mengenal erti persahabatan yang sebenar dan memupuk semangat kekeluargaan.. Memori bersama menjadi satu titik untuk bangkit dari kekecewaan.. Semoga ukhwah yang kita jalin ini akan dirahmati Allah S.W.T.. Di mana pun kita berada , persahabatan itu yang mengikat kita.. =,=
lepas baca ayat touching kat blog sahabat tadi.. terus ayat bermadah puitis.. :)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT
lepas baca ayat touching kat blog sahabat tadi.. terus ayat bermadah puitis.. :)
Subscribe to:
Comments (Atom)
