I made this widget at MyFlashFetish.com.

20 December 2012

teringat kenangan lama

tadi baru lepas share story dengan member.. lepas tu ada pulak member lama merangkap satu team kadet polis pahang bawak semula kenangan lama.. zaman-zaman kegemilangan.. eh, gemilang ke? hehehe.. mulalah otak aku mula berfikir & mengingati segala memori yang tercipta.. the best moment.. tapi serius aku tak berapa nak ingat apa aku buat time outing kat Kuantan dulu.. mungkin jalan-jalan dalam Kuantan Parade je kot, sebab tu tak banyak yang mampu ingat time outing.. aku cuma ingat pasal lif dengan pasal kat kfc tu je.. hahaha.. lif ? lawaklah kawan aku ni, dia boleh tunggu depan lif tu je.. tak masuk.. kitaorang dah ramai dalam lif.. bila dalam lif tu gelak sakan lah weyhh.. time tu budak-budak lagi kan.. pastu makan kfc, siap nak bawak sebotol sos tu balik kem sebab susah nak keluar dari kem.. maklumlah camping.. camping ke time tu ? padahal latihan pusat je.. takde lah teruk sgt.. makan pun sedap-sedap.. :D

macam-macam kenangan ada bermula dari jejak kaki kali kedua kat Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.. kali pertama pergi masa kem negeri 2008.. mula-mula sampai untuk latihan pusat sebelum pergi peringkat kebangsaan macam-macam perasaan ada.. sedih ada, gembira ada, takut pun ada.. maklumlah masa tu baru 15tahun.. dah lah tak kenal siapa-siapa sangat masa tu, cuma kenal Iqram dari daerah yang sama dengan aku dan budak lipis je.. takut je orang lain taknak kawan dengan aku.. *okay, pemikiran budak-budak.. ala, kalau sekarang pun sama.. hahaha

tapi lepas mula berkenalan antara satu sama lain baru rasa sedikit selesa.. serius, diaorang memang supporting.. bukan kata peserta je tapi pegawai dan jurulatih sekali wooo.. memang rasa lah satu family tu.. aku paling suka bila time nak tidur, geng-geng perempuan tidur kat surau.. yang lelaki kat astaka je.. hehehe.. time ni lah boleh lepak, borak-borak.. kalau tak memasing busy.. hehehe.. memang banyaklah kenangan time latihan pusat tu.. baru latihan pusat, belum lagi kat sarawak kan..

otw pergi sarawak tu, perasaan macam-macam ada.. seronok kot.. kali pertama dapat naik flight.. pergi tempat orang dengan bawak macam-macam harapan untuk kontijen.. dengan jakunnya aku dapat seat kat tingkap.. dapat tengok view yang sangat cantik.. sebelum landing tu sempatlah borak dengan orang seat sebelah.. polis perempuan asal sarawak.. macam-macam cerita kitaorang share.. hehehe.. mesralah konon.. :D

kat sarawak tu, yang perempuan tidur bawak kanopi yang disediakan.. semua negeri ada.. tapi yang lelaki pahang dapat bilik sebab kanopi dah takde masa tu.. untunglah diaorang.. bilik dekat dengan kedai-kedai.. hehehe.. apa-apa pun satu-satu kenangan yang tercipta kat sarawak ni.. macam-macam kami kongsi bersama.. time sakit demam kami rawat each other.. ingat lagi satu malam tu geng-geng Sira arrange nak kenakan Eric yang kebetulan birthday dia.. bukan mainlah diaorang komplot nak nampak real.. siap dengan pegawai & jurulatih masuk campur.. kesian kat Eric.. dia kena marah & hampir kena belasah atas alasan dia pergi tandas tak bagitahu member lain.. hahaha.. padahal nak bang bang boom dia je.. sedih je muka dia.. tapi serius, kalau aku jadi dia memang aku nangis meraung-raung & akan jadi the unforgettable birthday for me.. nasib birthday aku kena masa dah sampai rumah..

kami berpisah di hentian Genting Sepah.. aku dengan Iqram di ambil oleh cikgu Paisol.. sedih woo nak berpisah dengan diaorang.. aku dah mula rapat antara satu sama lain.. dah lah teringat malam sebelum balik dari Sarawak tu, Kak Lynn dengan Kak Feeqa kacau aku tidur.. nakalkan diaorang..  Geng-geng seniors kuantan dan rompin serta dengan jurulatih jahat kenakan aku sebelum balik.. diaorang tahu aku tak boleh dengar lagu Mantan Untuk Kekasih atau sekarang dah jadi Tinggal Kenangan.. kalau dengar je mesti nak nangis time tu.. last-last diaorang nyanyi jugak.. kan da jadi drama swasta.. nangis sekuat-kuat yang boleh sambil berpelukan dengan diaorang.. masih teringat kehangatan ciuman Kak Lynn kat pipi aku.. hehehe.. bayangkan dari hentian Genting Sepah tu aku nangis sampai ke Raub.. dari Raub ke rumah tu nangis jugak cuma tak kuat.. apa-apa pun semuanya menjadi kenangan yang sangat manis pada aku.. susah nak gambarkan dengan kata-kata.. rasa macam taknak berpisah je dengan diaorang.. :D




APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

12 November 2012

Berkelah di Hydro

Ok, entry ni nak cerita pulak pasal rancangan nak buat bbq kat hydro, ulu sungai.. hehehe.. kami memang dah rancang nak pergi berkelah lepas exam dengan semua budak kelas.. lepas tu tiba-tiba idea nak pergi hydro tercetus sebab Azrie kata situ cantik dan best.. makin berkobar-kobarlah kitaorang nak pergi.. sebab tulah sanggup pergi memancing sampai luka-luka tu.. hehehe.. mula-mula ingat nak pergi 2 buah kereta tapi bila Azrie kata kereta kecik tak lepas naik sampai tempat dia nak bawak tu terus tukar plan.. semua naik Ford Azrie je.. mesti terkejutkan, mana muat 9-10 dalam 1 kereta right? hah, tulah kami.. suka buat benda pelik-pelik.. kitaorang discuss 5 orang duduk dalam & 4 lagi duduk luar kat belakang Ford tu.. wah, mestilah aku, Arda, Fazira & Abu yang duduk belakang tu sebab kami slumber.. hahaha.. ( padahal adalah sikit malu tu, cuma tutup je sebab fikir nak release tension & enjoy )

Mira tak jadi ikut kitaorang, tapi bilangan kami still 9 sebab Iqram pergi jugak.. Oklah, ada 3 orang hero.. senang nak minta tolong apa-apa.. Persiapan gayanya complete sangatlah, last-last banyak benda tertinggal.. tulah excited sangat kan.. takpe-takpe, janji menu utama kami iaitu ayam & ikan tu dibawa.. hehee.. mula-mula sampai tu, prepare barang untuk bbq.. pastu apa lagi, aktiviti mandi manda lah pulak.. serius weh, memang best sangat mandi kat situ.. memang betullah Azrie kata best.. lama jugak kami berendam dalam air tu.. Semua supporting beb ~

Last-last decide nak gerak pulang sebab jam pun dah menujukkan pukul 2 lebih.. masing-masing dah kesejukan.. Rasa teamwork tu sebab masing-masing tolong each other.. Pukul 3 lebih sampai rumah, alhamdulillah selamat pergi dan balik.. Have fun betullah, hilang semua tension sebelum ni.. Hopefully lepas ni dapat arrange sesuatu lagi dengan diaorang.. nak share gambar tapi gambar dalam kamera member.. dia tak kasi lagi.. nanti kalau dah dapat gambar2 kat sana, aku upload sikit kat sini.. hehehe..

* p/s : buat kawan-kawanku yang berbeza tempat tu, nanti kita buat jugak k.. kita arrange buat reunion.. mesti best jugak.. memang teringin nak pergi dengan kalian tapi masalahnya kita berbeza cuti.. huhuhu.. takpe2.. insyaAllah suatu hari nanti kita boleh jugak.. :D
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

Kerja Selepas Exam

Lama sangat kot aku tak updates blog aku.. kesian my warkah ni.. bukan taknak update tapi tu lah mood menaip takde.. entah hilang ke mana.. tapi kalau mood berjalan sakan or buat perkara pelik tu bagilah ke aku sekarang ni.. hahaha.. lagipun aku busy sikit dengan final exam STPM untuk semester 1.. walaweh, STPM dah guna semester ke? yelah, dah guna sistem modular, so takyah pening-pening kepala dengan silibus yang bertimbun.. ye ke takyah pening kepala? tidak okay, still rasa tension.. hahaha.. sebab STPM ni nampak senang tapi susah nak score.. em, itu pendapat aku lah.. entah-entah aku yang malas kot.. by the way, last exam STPM ( petang 8/11/2012 ) tu, rasa hilang segala ke'TENSION'an aku tu..*nampakkan sesuka hati aku je tambah imbuhan kat english word.. hahaha.. esoknya ( 9/11/2012 ) apa lagi, aku dengan classmates perempuan aku pun rancang nak pergi memancing.. tulah perkara pelik yang selalu kitaorang rancangkan sebab tiba-tiba datangnya minat memancing tu plus pulak kami ni adalah anak gadis.. hahaha.. eh, kenapa tak pelik ye? kalau tak pelik takpe sebab memang tak pelik sangat pun..lalalala ~ :P

Lupa pulak nak bagitahu, classmates aku de 9 orang je termasuklah aku yang super duper active ( ada masa-masanya okay ).. jap-jap bukan aku je super duper active tapi semua 6B1.. hahaha.. perempuan ada 7 orang & lelaki just 2 orang.. itulah 2 orang hero kami yang ada masa sering dibuli oleh heroin-heroinnya.. ok, berbalik pada perkara yang kami buat lepas exam iaitu memancing tu.. mula-mula semua classmates perempuan aku nak join tapi last-last tu 5 orang je yang turut serta.. 2 lagi busy sikit kat rumah.. kami memancing tu sebab nak collect ikan untuk buat bbq pada keesokan harinya (10/11/2012).. pergh memang syoklah kan kami semua perempuan yang memancing.. hehe..

Nak dijadikan cerita, hari yang kami memancing tu adalah birthday classmate aku.. apa lagi, kitaorang pun berniat nakal untuk campak dia ke dalam kolam.. wooo, selalu main tepung je kan.. kali ni up sikit.. hahaha.. baik je ayat dia mintak barang-barang dalam poket dia sebab takut basah.. hah, lepas tu operasi mencampak dia ke dalam kolam dilakukan.. nasiblah kau ye Emon.. happy birthday Emon !

Lepas tu, kitaorang pun buat macam-macam operasi lah like mandi kolam, memancing sampailah last-last menjaring ikan sebab nak cepat dapat ikan.. hehehe.. dapatlah kami collect 5 ekor ikan talapia & 6 or 7 ekor ikan patin.. meriahkan hasil tangkapan kami.. patin tu usaha member aku memancing.. nak harapkan aku pancing & dapat ikan? memang taklah.. tapi serious best tau menjaring ikan.. tak pernah buat kot.. tapi tahan jelah luka-luka kat tangan & kaki.. :D

Okaylah, panjang sangat ceritanya.. Lama tak menaip, sekali dapat menaip gaya buat essay time spm.. hahaha.. Next entry nak cerita pasal bbq pulak.. :)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

25 August 2012

Sepetang Bersama Minor Family

Semalam aku, akak, ateh, mamat (sepupu) pergi KL nak hantar along.. Baikkan adik-adiknya.. hahaha.. Bukan apa modal je tu nak pergi jenjalan.. Padahal mula-mula tu along kata nak balik naik bas je.. Akak aku ajak pergi Times Square sebab nak main kat theme park tu.. Aku dengan akak aku apa lagi sebelum pergi, kitaorang bagitahu kak Ajan.. Nak jumpa & keluar jenjalan dengan dia.. hehee.. Tengok, adik yang baik lagi.. (perasan pulak).. Sampai KL kitaorang pergi The Curve dulu sebab kak Ajan kerja kat restoran The Apartment situ.. Kak Ajan habis kerja pukul 5, kami sampai awal sikit.. Apa lagi jalan-jalan dalam The Curve lah dulu.. Cuci mata.. Lepas kak Ajan habis kerja, kami pun decide nak pergi Times Square terus.. Aku dengan akak aku ( kak Ain ) naik kereta kak Ajan.. Baru best, perempuan sama perempuan.. Akak aku excited nak main roller coaster.. Sangguplah dia sponsor tiket masuk tu.. hahahaha.. Aku macam biasa just sediakan fizikal & mental untuk main..

Ok, kitaorang start main roller coaster.. yeahhh.. Ateh aku paling excited, yang lain semua takut bila dengar bunyi orang menjerit termasuk aku.. hahaha.. Dup Dap Dup Dap jantung aku.. Along dengan sepupu aku tak naik pun roller coaster.. Huh, serius cakap.. Awal-awal naik tu biasa je tapi bila benda tu dah start laju, perghhhhh.. Nak menangis pun ada.. hahaha.. Rasa macam nak jatuh.. Tapi memang best.. Lepas tu aku, ateh & kak Ajan main spinning orbit pulak.. Aku ingat macam solero kat Genting tu rupanya bukan.. Tapi gerun jugaklah.. Tinggi woo.. Then, ateh aku ajak aku main space attack.. Ni satu lagi benda yang buat aku gerun.. Mula-mula slow je, lepas tu sampai terbalik-terbalik aku.. Pening.. Kecut perut aku.. 

Semua dah penat gayanya.. Maklumlah main games yang memeningkan je.. Terus decide nak balik, lagipun kesian pulak kak Ajan kan.. Lepas kerja dah kena ikut kami jalan-jalan.. Maaflah akak, dapat adik-adik yang kanak-kanak ribena sikit.. hehehe.. Next time kita arrange pergi mana-mana lagi ye, ajak ramai lagi.. Super duper best.. 

takutnyaaaa..

spinning orbit

tengok muka aku dengan abang aku tu.. excited.. padahal cuak jugak.. pening wooo..

ateh, mamat, aku, akak, & kak Ajan.. ( maaflah along takde sebab jadi photographer )
..TIMES SQUARE MOMENTS..





APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

22 August 2012

Sensitive

Sekarang ini aku jadi semakin sensitif. Tak tahu kenapa. Huhuhu. Dulu jiwa aku kental je, sekarang pantang ada masalah sikit. Meleret-leret aku fikir. Mungkin sejak aku tahu kebenaran yang pahit. Aku kini menjadi lebih berhati-hati & semakin takut. Tapi walau macamana pun aku tahu aku kena kuat & buat macam takde apa-apa berlaku. Sekarang ini yang menjadi keutamaan harus diutamakan. Biarlah aku cuba pupuk hati aku supaya kekal macam dulu. Tabah. Yeahhhh, luaran nampak tabah tapi dalaman berkocak. I know i can do it. Chayok chayok ! ! !
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

Raya Dengan Sanak Saudara

dah 2 bulan lebih aku tak update blog ni.. bukan apa, cerita banyak tapi mood menaip & bercerita itu yang takde.. sekarang dah pun raya, masuk raya ke 4.. aku nak update pasal saudara mara aku.. maklumlah tahun sebelum2 ni tak berkumpul raya dengan family-family sebelah abah aku.. kali ini dapat pula.. diaorang dengan tok sanggup datang dari Keratong sebab nak raya dengan kitaorang.. best wooo.. selalunya dengar je cerita orang lepak dengan cousins-cousins.. kali ini aku merasai sendiri.. meriah rumah aku.. tulah dia, dah besar panjang baru kenal sedara mara.. :)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

1 June 2012

Kawan-kawan

kawan-kawan aku ada yang da gerak untuk sambung belajar.. ada yang ngah bersedia.. aku pula? adalah rezeki aku.. masing-masing lain kan apa yang dapat.. sekarang aku makin yakin dan bersemangat untuk mengapai bintang kejayaan.. apa-apa pun gudluck kepada kawan-kawan aku yang sambung belajar jauh-jauh tu.. bilalah kita dapat lepak sama-sama lagi kan.. harap korang semua tak lupalah aku.. hehehe.. sedihlah pula bila kenangkan masing-masing yang membawa haluan berbeza.. tapi apakan daya , semua tu adalah pengorbanan kita demi sebuah impian.. thanks kepada salah sorang bestfren saya Si Erni yang sentiasa mention saya kat blog dia.. terharu sangat bila kamu hasilkan sebuah cerpen yang guna nama saya.. eh , betul ke? ke saya yg perasan.. hehee.. apa-apa pun terbaik.. teruskan berkarya ye.. kamu memang berbakat.. sebenarnya kawan-kawan saya semua berbakat , right ? ~wink~

Sahabatku semua.. teruskan perjalanan dalam menimba ilmu ye.. doakan saya di sini turut berjaya.. korang adalah sahabat yang sangat-sangat terbaik.. jangan lupa segala kenangan yang telah kita cipta.. pahit manis sama-sama kita lalui.. sweet memories.. tidak akan ganti kerajaan 5 Perdana 2011.. hehee.. kalau balik hello-hello ar satu sama lain.. kalau masing-masing ada di tanah Tersang bolehlah kita lepak-lepak..

p/s : maaflah kalau tak mention sorang-sorang ok.. ramai sangat sahabat-sahabat saya.. Si Awek Sasuke tu pun sebab tak dapat komen kat blog dia.. hehehe.. tapi serius cakap korang one of my important things.. love u alls.. :)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

9 May 2012

Untuk Sahabat

baca blog sahabat saya tadi Awek Sasuke.. Dia dalam dilema untuk sambung belajar.. Tak tahu pilih nak pergi matrik or Uitm.. Apa-apa pun kamu pilih yang terbaik ye.. Saya akan sentiasa menyokong sahabat-sahabat saya.. Tapi yang tak tahan bila baca ayat yang tentang perpisahan antara kawan-kawan tu.. Sangat-sangat menyentuh.. Sahabat , walaupun jika kita terpisah masa ini belum bereti kita akan terpisah selama-lamanya.. Semuanya atas izin Allah S.W.T.. Perpisahan kita hanya pada jarak , masa dan tempat.. Selagi ikatan persahabatan yang kukuh atas keikhlasan selagi itu ia akan terus terpahat di sanubari masing-masing.. InsyaAllah.. Kenangan lalu yang sering mengetuk pintu hati kita itu biarkan ia menjadi satu memoir terindah.. Walau kita berada di berlainan tempat tetapi kita tetap dalam satu perjuangan dan hala tuju yang sama.. Iaitu KEJAYAAN.. Mungkin destinasi kita berbeza tetapi bukan bererti kita tidak boleh bersama meniti liku-liku kehidupan kerana itulah gunanya bersahabat.. Semoga ikatan yang kita bina bertahun-tahun ini akan terus mekar dan tidak hanya menjadi lipatan sejarah yang akan dilupakan.. Sahabat seperti kalian amat berharga & sukar dilupakan.. Sentiasa ada di saat susah dan senang.. Di situ aku mengenal erti persahabatan yang sebenar dan memupuk semangat kekeluargaan.. Memori bersama menjadi satu titik untuk bangkit dari kekecewaan.. Semoga ukhwah yang kita jalin ini akan dirahmati Allah S.W.T.. Di mana pun kita berada , persahabatan itu yang mengikat kita.. =,=

lepas baca ayat touching kat blog sahabat tadi.. terus ayat bermadah puitis.. :)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

23 April 2012

Kor Kadet Polis

Setelah lama tidak mengupdate diary onlineku ini. Kini terasa ingin mencoret sesuatu. Banyak kot nak berkongsi di warkah ini tetapi tidak mampu. haha. Skema je ayat. 16-19 April 2012 baru ini aku mengikuti kem Kadet Polis peringkat negeri di Pekan,Pahang. Bukan sebagai peserta tetapi sebagai sukarela. Aku kan dah habis sekolah,mana boleh jadi peserta. Sangat-sangat bersyukur dapat menjadi sukarela. Aku sangat-sangat seronok bersama dengan adik-adik kadet polisku. Diaorang memang happening. Thanks to Abah Wan sebab bagi aku join. hehe. Masa kat kem tu aku jumpa dengan seniors aku ( team pahang 2009 ). Aku jumpa Kak Feeqa , Sira , Bam , Chak & Cik Lynn. Setelah hampir 3 tahun terpisah akhirnya dapat bertemu dan bertatap muka kembali. Alhamdulillah. Ingatkan dapat jumpa lebih ramai seniors di sana tetapi takde. Maybe yang lain busy dengan keadaan masing-masing. Takpe , aku kena paham. Masing-masing ada komitmen. Di kem kadet polis kami berkenalan , di situ juga kami berpisah & di sini kami bertemu kembali. Semuanya di dalam kadet polis. Harapan agar perkenalan & perhubungan kami selama 3 tahun ini akan terus mekar walaupun tidak bersua muka & bermadah bersama. Jadi,aku gunakan masa di kem itu untuk mencipta kenangan. Macam biasa kem lah. Bila tiba saat akhir & perpisahan semua sedih. Huhu. Aku sedih nak berpisah dengan adik-adik team Raub. Maklumlah berapa lama dengan diorang. Banyak kenangan bersama. Harap diorang tak lupa kan aku. < Tinggal Kenangan , Jangan Ada Benci , Jangan Lupa Namaku , Kenangan Terindah & Teman Sejati > . Lagu yang membawa beribu kenangan bersama team Raub 2012. Walaweh , rindu nak camping woo. Walau apa pun , Kor Kadet Polis menjadi ingatan kerana di sini aku kenal erti persaudaraan , persaingan & sebagainya.


APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

5 April 2012

7 Petala Cinta

lama x update blog ni. kali ini nak update tentang cerita 7 Petala Cinta. Thumbs up lah. Sangat-sangat menarik dan menyentuh perasaan. Tanpa sedar perlahan-lahan aku menangis. pergh , kuat penangan cerita ini. Aku tertarik dengan kata-kata dalam cerita ini. Kata-kata penuh erti & tafsiran tersendiri. Tengok cerita ini membuatkan aku rasa kelainan antara cerita-cerita cinta yang lain. 7 Petala Cinta memaparkan cinta yang suci terutama kepada Illahi.


  • mana ada penjenayah masuk ke rumah Allah. Yang masuk rumah Allah ini orang yang baik-baik , orang yang mencari keredhaan Allah , orang yang menjunjung titah perintah Allah. Orang yang masuk ke rumah Allah , orang yang mahu membersihkan diri dan bertaubat kepada Allah.
  • sesiapa pun yang masuk ke rumah Allah ini dia sebenarnya adalah tetamu Allah.
  • kalaulah jalan semua telah tertutup untukmu , carilah jalan Allah kerana jalan Allah itu seluas 7 petala langit , 7 petala bumi.
  • ilmu itu macam haiwan liar dan tali pengikatnya ialah catatann
  • duhai bakal imamku , jangan biarkan hadirmu sekejap mata , dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
  • kerana cintakan saudara , sahabat menafkahkan jiwa.
  • cinta bukan melemahkan tetapi menguatkan dan cinta juga bukan menyedihkan tetapi mengembirakan kita.
  • di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi ada 7 petala cinta.

memang menarik atas jalan cerita yang memaparkan cinta yang suci. :)

APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

15 March 2012

Jejak Kasih Bersama Saudara Mara

Aku memang suka update lambat cerita-cerita aku. .11.3.2012 aku gerak dari Tersang ke Keratong 9,rumah pakngah aku ( adik abah akulah ni ) sebab sepupu aku nak kahwin. .aku pergi dengan family tapi tak semua jugak. .yang pergi dari Tersang aku,akak aku & mak ayah aku. .ateh aku,nanti ayah aku ambil dia kat Tenggaroh. .kitaorang gerak pagi & sampai Keratong dalam pukul 2 lebih kot. .banyak sangat berhenti. .hehe. .sebelum sampai tu,fikir gak macamana family pakngah aku tu. .maklomlah aku memang tak pernah jumpa pun. .ni first time. .tapi alhamdulillah layanan mereka sangat memuaskan. .awal-awal tu biasalah kalau malu-malu kucing. .malam tu pengantin pakai inai,memang kecohlah suasana dengan jiran-jiran yang datang. .hehehe

12.3.2012. .hari ini start aku mula rapat dengan sepupu-sepupu,sanak saudara & jiran tetangga yang lain. .diaorang memang baik & happening. .tak kekok aku berada di sana. .lepaklah dengan sepupu yang baru pertama kali jumpa. .petang tu aku dengan akak aku follow pengantin akad nikah kat masjid. .nak jugak raikan pernikahan sepupu sendiri. .malam tu pulak ada tahlil. .aku tolong mana yang patutlah. .

13.3.2012. .hari ini pulak kenduri besar. .pagi tu jadi jurugambar tak bertauliah ambil gambar kenangan orang-orang kat sana. .tolong jugak apa yang mampu dekat bahagian masakan pengantin. .settle tolong aku pun bersiaplah. .lepas tu apa lagi,kami pun bergambar sakan. .untuk buat kenang-kenangan. .bukan senang nak jumpa sepupu-sepupu & saudara dalam keadaan macamni. .tapi sedih pulak bila petang tu jugak kami berkemas nak balik. .bukan apa,jauh perjalanan. .maklomlah akak aku sorang je yang drive. .ateh aku tak ikut balik sebab dia kena pergi Kelantan menyambut menantu pulak. .hehehehe. .apa-apa pun aku sangat seronok dapat jumpa dengan family yang lain. .dah gaya jejak kasih pulak. .dapat sepupu yang supporting & pak saudara serta mak saudara the best. .yang tak tahannya bila jiran pakngah aku tu peluk & cium pipi aku sebelum aku nak balik. .jangan fikir bukan-bukan tau. .perempuan ye,aku panggil dia Cik Yah. .terharu rasanya. .kami cuma rapat dalam masa 3 hari 2 malam tu je. .layanan mereka sangat-sangat mantop. .

btw,thanks to Pak Ngah,Mak Ngah,Abg Atan,Kak Nora,Abg Edi,Kak Hajar,Kak Esah,Mamat,Ana,Any,Sarah,Tok,Cik Yah,Cik Biah & semua yang layan kami dengan baik. .sangat-sangat terharu & super duper seronok. .insyaAllah kita akan berjumpa lagi. .takkan lupa keluarga di sana. .jangan lupa kami di sini. .:)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

19 February 2012

Kem Transformasi Generasi Baru Felda

dah berapa hari dah pun kem transformasi felda tu berakhir..kem start 13 Februari 2012 hingga 16 Februari 2012 tapi baru sekarang aku nak update..hehe..busy ngan facebook..maklumlah balik2 kem dapat ramai kawan di alam maya..masa kem tak sempat nak beramah mesra dengan semua..

berbalik pada kem..mula-mula pergi tu macam-macam pikir..best ke tak..kawan-kawan macamana..selepas dibahagi kumpulan & dapat penjaga baru rasa lega..aku dapat papa Faizan..everythings gonna be okay..malam pertama kat kem dah mula adegan nangis-nangis..mana taknya..penjaga kitaorang kena denda sebab perangai anak-anak..memang sedih woo..aku cuba keraskan hati sebab taknak nangis tapi tak mampu kot..bayangkanlah first day kami dah rasa ikatan kekeluargaan yang kuat..

second day,aktiviti diteruskan lagi..macam-macamlah aktiviti kumpulan yang ada..seronok sangat..bermacam-macam kerenah yang ada..hehehe..yes,aku dapat masuk s.m.d (seni mempertahankan diri)..

third day,ada ceramah kemasukan ke universiti..tak sia-sia aku datang kem ni..peluang woo..banyak gak pilihan yang menarik..menjadikan aku lebih bersemangat waja..hahaha..petang tu,kami masuk hutan..cuaca tidak menyebelahi kami tapi kami tetap bersemangat memasak di dalam hutan walaupun nasi mentah..hahaha..ingatkan kena bermalam tapi mungkin sebab penjaga kami kesiankan kami jadi malam tu jugak balik ke dorm..selesa..

hari terakhir kami di Kalumpang Resort & Training Centre..macam biasa mestilah ada masjis penutupkan..pastu persembahan termasuk S.M.D..ahhhh,nilah masa yang sangat tidak disukai..masa untuk berpisah..sedih sedih & sedih..sekali lagi SEDIH..seronok dapat kenal Papa Faizan,Mummy Nurul,Abah Fauzi,Mama Nadia,Ibu Lia,Papa Daus,Umie Azie,Tok Ayah,Pak Mus,Abg Khai,Kak Wani & Abg Megat..Kalian jangan lupa anak-anak Kem Transformasi Generasi Baru Felda Siri 9 ye..terima kasih atas layanan kalian & mengajar kami erti kepayahan serta kekeluargaan yg utuh..tak lupa juga kawan-kawan dari wilayah mempaga..gonna miss everything & everybody..sayang semua..
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

10 February 2012

Latihan Kawad Setelah Tidak Bergelar Pelajar

setelah lama tidak meng-update blog ni..dah bersawang pun..hehehe..hari ini pergi bandar Raub untuk settlekan a few things..takkan nak pergi saje2 je kan..dapat call dari jiran bagitahu yang petang ini ada latihan kawad kadet polis..walaupun aku sudah menamatkan zaman sekolah menengah tapi berusaha untuk membantu dalam kadet polis sekolahku..minat yang tidak dapat dibendung..hahaha..bantu setakat yang termampu,berkongsi2 ilmu yang ada..jangan marah ye adik2 yang baru kenal aku kat sekolah itu..itu janji aku dengan senior2 lain..aku dah bagitahu senior yang masih di sekolah itu yang aku akan turun sekali latihan jika ada kelapangan..bukan untuk menunjuk kehebatan malah bukan juga untuk menjadi gila kuasa..tapi sebab rasa tanggungjawab & minat terhadapnya..(alamak,kenapa skema sangat nih)..apa2 pun latihan diorang ini merupakan latihan pertama aku bagi tahun 2012..hehe..wahai senior sekalian,rindulah moment dengan korang..terharu dengan layanan korang tadi..masih macam dulu..:-)

sudah banyak mengarut kot..hati meronta-ronta nak join walaupun sekadar memerhati..hehehe..petang tadi balik dari Raub rest2 kejap sebelum datang ke sekolah lama..(kena letak lama sebab bukan milikku lagi)..haha..cikgu Paisol pun ada..maaflah cikgu saya tumpang menyibuk..tengah tengok adik2 kawad jumpa dengan Miss Zairila..lama tak jumpa cikgu2 aku..lepas tu,nampak cikgu Huda on the way ke keretanya..apa lagi,perlu ketemu sama cikgu Akaun aku nih juga..tak mahu dikatakan pelajar yang sombong..borak2 dengan cikgu..cikgu Huda kata aku kurus..ye ke???hahaha..lepas sikit rindu kat cikgu2..balik tu singgah koperasi T3 jumpa pula Ustazah Fadillah..alhamdulillah..ramai juga cikgu yang aku jumpa..maaflah cikgu2 lain,bukan tak mahu jumpa tapi belum terserempak..~wink~..rindulah dengan moment sebagai pelajar sekolah..

ayat semakin skema,menunjukkan sudah lama aku tidak mengarang..hehehe..

APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

22 January 2012

Wedding Jiran Sebelah

penat..setelah beberapa hari membantu apa yang patut bagi memastikan lagi kelancaran majlis perkahwinan jiranku..hehehe..ala,tolong yang mana mampu je..harap dapat ringankan beban semua..best kot dapat merasai kemeriahan majlis itu..macam wedding akak aku pula..aku yang lebih-lebih..sampai malam lepas akad nikah pengantin perempuan ajak lepak ramai-ramai dalam bilik sebab pengantin lelaki nak pakai inai..hahaha..bila tiba hari yang dinantikan,kedua pengantin nampak berseri-seri..sama cantik sama sepadan..

petang itu aku & adik beradik pengantin perempuan ikut pergi photoshoot dekat sekolah sebab nak nampak suasana lain..sebelum balik aku dapat test pemanduanku dengan memandu proton saga baru milik jiran aku..hahaha..aku ingat nak jadikan proton saga baru milik akakku si WUP silver tu sebagai first tester aku..tapi apa-apa pun seronok dapat pengalaman tu walaupun sekejap..lepas tu,aku tolong apa yang mampu bagi kurang sikit beban pengantin & keluarga..sebelum tu macam biasalah,tiap-tiap kenduri mesti ada main air..hehehe..huh,memang penat tapi seronok tengok pengantin happy..:)

APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

11 January 2012

Reka Cover Novel

seronoklah pula edit2 photo ni..terutama bila buat cover novel kononnya..hehe..berangan je lebih..bukan apa,boleh buat ikut citarasa sendiri..hasil pertama yang aku edit sebagai cover novel dalam kelas komputer aku..

mungkin lagi nampak menarik kalau guna portrait..

aku suka..hasil kerja sendiri ni..:)

ni first winner untuk pertandingan cover novel bagi kelas komputer aku..hehe
(turun tangga dulu untuk tengok)
#
#
#
#
#
#

macam real x?hehe

< antara cover lain>





maaf yang lain x dapat amik lagi..takpe,nanti ada rezeki akan di pamerkan hasil karya kawan2ku yang berjaya menghasilkannya..

APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

4 January 2012

Sekolah

adik2,kakak2(upper 6) dah start ke sekolah. .hehe. .seronok pula tengok adik2 ke sekolah dengan baju baru,kasut baru & semua baru ni. .rindu saat2 beli peralatan sekolah baru. .terasa macam nak masuk sekolah baliklah. .eh,aku pun ke sekolah juga tapi sekolah memandu. .haha. .buat masa ini,kesibukan melanda diriku seperti anak2 sekolah. .hahaha. .skema je ayat. .maklumlah,adik2 ke sekolah. .aku pula meneruskan aktiviti luar aku. .macam2 nak dibuatnya. .itu belum kerja lagi. .bila ye nak kerja ni. .sabarrrr. .tapi seronok juga dapat membiasakan diri dengan kesibukan ni,jadi aku boleh menyusun jadual & membahagikan masa sebaik mungkin. .apa2 pun rindu sama rakan2,cikgu2 & environment sekolah. .SELAMAT BERSEKOLAH ADIK-ADIK. .
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...