I made this widget at MyFlashFetish.com.

23 April 2012

Kor Kadet Polis

Setelah lama tidak mengupdate diary onlineku ini. Kini terasa ingin mencoret sesuatu. Banyak kot nak berkongsi di warkah ini tetapi tidak mampu. haha. Skema je ayat. 16-19 April 2012 baru ini aku mengikuti kem Kadet Polis peringkat negeri di Pekan,Pahang. Bukan sebagai peserta tetapi sebagai sukarela. Aku kan dah habis sekolah,mana boleh jadi peserta. Sangat-sangat bersyukur dapat menjadi sukarela. Aku sangat-sangat seronok bersama dengan adik-adik kadet polisku. Diaorang memang happening. Thanks to Abah Wan sebab bagi aku join. hehe. Masa kat kem tu aku jumpa dengan seniors aku ( team pahang 2009 ). Aku jumpa Kak Feeqa , Sira , Bam , Chak & Cik Lynn. Setelah hampir 3 tahun terpisah akhirnya dapat bertemu dan bertatap muka kembali. Alhamdulillah. Ingatkan dapat jumpa lebih ramai seniors di sana tetapi takde. Maybe yang lain busy dengan keadaan masing-masing. Takpe , aku kena paham. Masing-masing ada komitmen. Di kem kadet polis kami berkenalan , di situ juga kami berpisah & di sini kami bertemu kembali. Semuanya di dalam kadet polis. Harapan agar perkenalan & perhubungan kami selama 3 tahun ini akan terus mekar walaupun tidak bersua muka & bermadah bersama. Jadi,aku gunakan masa di kem itu untuk mencipta kenangan. Macam biasa kem lah. Bila tiba saat akhir & perpisahan semua sedih. Huhu. Aku sedih nak berpisah dengan adik-adik team Raub. Maklumlah berapa lama dengan diorang. Banyak kenangan bersama. Harap diorang tak lupa kan aku. < Tinggal Kenangan , Jangan Ada Benci , Jangan Lupa Namaku , Kenangan Terindah & Teman Sejati > . Lagu yang membawa beribu kenangan bersama team Raub 2012. Walaweh , rindu nak camping woo. Walau apa pun , Kor Kadet Polis menjadi ingatan kerana di sini aku kenal erti persaudaraan , persaingan & sebagainya.


APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

5 April 2012

7 Petala Cinta

lama x update blog ni. kali ini nak update tentang cerita 7 Petala Cinta. Thumbs up lah. Sangat-sangat menarik dan menyentuh perasaan. Tanpa sedar perlahan-lahan aku menangis. pergh , kuat penangan cerita ini. Aku tertarik dengan kata-kata dalam cerita ini. Kata-kata penuh erti & tafsiran tersendiri. Tengok cerita ini membuatkan aku rasa kelainan antara cerita-cerita cinta yang lain. 7 Petala Cinta memaparkan cinta yang suci terutama kepada Illahi.


  • mana ada penjenayah masuk ke rumah Allah. Yang masuk rumah Allah ini orang yang baik-baik , orang yang mencari keredhaan Allah , orang yang menjunjung titah perintah Allah. Orang yang masuk ke rumah Allah , orang yang mahu membersihkan diri dan bertaubat kepada Allah.
  • sesiapa pun yang masuk ke rumah Allah ini dia sebenarnya adalah tetamu Allah.
  • kalaulah jalan semua telah tertutup untukmu , carilah jalan Allah kerana jalan Allah itu seluas 7 petala langit , 7 petala bumi.
  • ilmu itu macam haiwan liar dan tali pengikatnya ialah catatann
  • duhai bakal imamku , jangan biarkan hadirmu sekejap mata , dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara.
  • kerana cintakan saudara , sahabat menafkahkan jiwa.
  • cinta bukan melemahkan tetapi menguatkan dan cinta juga bukan menyedihkan tetapi mengembirakan kita.
  • di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi ada 7 petala cinta.

memang menarik atas jalan cerita yang memaparkan cinta yang suci. :)

APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...