23 April 2012
Kor Kadet Polis
Setelah lama tidak mengupdate diary onlineku ini. Kini terasa ingin mencoret sesuatu. Banyak kot nak berkongsi di warkah ini tetapi tidak mampu. haha. Skema je ayat. 16-19 April 2012 baru ini aku mengikuti kem Kadet Polis peringkat negeri di Pekan,Pahang. Bukan sebagai peserta tetapi sebagai sukarela. Aku kan dah habis sekolah,mana boleh jadi peserta. Sangat-sangat bersyukur dapat menjadi sukarela. Aku sangat-sangat seronok bersama dengan adik-adik kadet polisku. Diaorang memang happening. Thanks to Abah Wan sebab bagi aku join. hehe. Masa kat kem tu aku jumpa dengan seniors aku ( team pahang 2009 ). Aku jumpa Kak Feeqa , Sira , Bam , Chak & Cik Lynn. Setelah hampir 3 tahun terpisah akhirnya dapat bertemu dan bertatap muka kembali. Alhamdulillah. Ingatkan dapat jumpa lebih ramai seniors di sana tetapi takde. Maybe yang lain busy dengan keadaan masing-masing. Takpe , aku kena paham. Masing-masing ada komitmen. Di kem kadet polis kami berkenalan , di situ juga kami berpisah & di sini kami bertemu kembali. Semuanya di dalam kadet polis. Harapan agar perkenalan & perhubungan kami selama 3 tahun ini akan terus mekar walaupun tidak bersua muka & bermadah bersama. Jadi,aku gunakan masa di kem itu untuk mencipta kenangan. Macam biasa kem lah. Bila tiba saat akhir & perpisahan semua sedih. Huhu. Aku sedih nak berpisah dengan adik-adik team Raub. Maklumlah berapa lama dengan diorang. Banyak kenangan bersama. Harap diorang tak lupa kan aku. < Tinggal Kenangan , Jangan Ada Benci , Jangan Lupa Namaku , Kenangan Terindah & Teman Sejati > . Lagu yang membawa beribu kenangan bersama team Raub 2012. Walaweh , rindu nak camping woo. Walau apa pun , Kor Kadet Polis menjadi ingatan kerana di sini aku kenal erti persaudaraan , persaingan & sebagainya.
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment