Lama sangat kot aku tak updates blog aku.. kesian my warkah ni.. bukan taknak update tapi tu lah mood menaip takde.. entah hilang ke mana.. tapi kalau mood berjalan sakan or buat perkara pelik tu bagilah ke aku sekarang ni.. hahaha.. lagipun aku busy sikit dengan final exam STPM untuk semester 1.. walaweh, STPM dah guna semester ke? yelah, dah guna sistem modular, so takyah pening-pening kepala dengan silibus yang bertimbun.. ye ke takyah pening kepala? tidak okay, still rasa tension.. hahaha.. sebab STPM ni nampak senang tapi susah nak score.. em, itu pendapat aku lah.. entah-entah aku yang malas kot.. by the way, last exam STPM ( petang 8/11/2012 ) tu, rasa hilang segala ke'TENSION'an aku tu..*nampakkan sesuka hati aku je tambah imbuhan kat english word.. hahaha.. esoknya ( 9/11/2012 ) apa lagi, aku dengan classmates perempuan aku pun rancang nak pergi memancing.. tulah perkara pelik yang selalu kitaorang rancangkan sebab tiba-tiba datangnya minat memancing tu plus pulak kami ni adalah anak gadis.. hahaha.. eh, kenapa tak pelik ye? kalau tak pelik takpe sebab memang tak pelik sangat pun..lalalala ~ :P
Lupa pulak nak bagitahu, classmates aku de 9 orang je termasuklah aku yang super duper active ( ada masa-masanya okay ).. jap-jap bukan aku je super duper active tapi semua 6B1.. hahaha.. perempuan ada 7 orang & lelaki just 2 orang.. itulah 2 orang hero kami yang ada masa sering dibuli oleh heroin-heroinnya.. ok, berbalik pada perkara yang kami buat lepas exam iaitu memancing tu.. mula-mula semua classmates perempuan aku nak join tapi last-last tu 5 orang je yang turut serta.. 2 lagi busy sikit kat rumah.. kami memancing tu sebab nak collect ikan untuk buat bbq pada keesokan harinya (10/11/2012).. pergh memang syoklah kan kami semua perempuan yang memancing.. hehe..
Nak dijadikan cerita, hari yang kami memancing tu adalah birthday classmate aku.. apa lagi, kitaorang pun berniat nakal untuk campak dia ke dalam kolam.. wooo, selalu main tepung je kan.. kali ni up sikit.. hahaha.. baik je ayat dia mintak barang-barang dalam poket dia sebab takut basah.. hah, lepas tu operasi mencampak dia ke dalam kolam dilakukan.. nasiblah kau ye Emon.. happy birthday Emon !
Lepas tu, kitaorang pun buat macam-macam operasi lah like mandi kolam, memancing sampailah last-last menjaring ikan sebab nak cepat dapat ikan.. hehehe.. dapatlah kami collect 5 ekor ikan talapia & 6 or 7 ekor ikan patin.. meriahkan hasil tangkapan kami.. patin tu usaha member aku memancing.. nak harapkan aku pancing & dapat ikan? memang taklah.. tapi serious best tau menjaring ikan.. tak pernah buat kot.. tapi tahan jelah luka-luka kat tangan & kaki.. :D
Okaylah, panjang sangat ceritanya.. Lama tak menaip, sekali dapat menaip gaya buat essay time spm.. hahaha.. Next entry nak cerita pasal bbq pulak.. :)
APPRECIATE OUR LIFE BECAUSE IT IS A GIFT